Begitu juga dengan membawa motor.Dulu kat rumah saya tak berapa berani membawa motor.Lagi-lagi bawak kat jalan besar,ada banyak kereta,lori,bas.saya tak berani.tapi saya mengagahkan diri membawa motor kat upm ni..Pertama kali saya bwk motor berseorangan mase nak pergi ss..mase tu kakak2 tengah sibuk,saya tak sampai hati nak kacau mereka..tak pe lah,saya bawak motor sendirian dari bsk ke ss..walaupun dekat tapi tu lah kali pertama saya bawak motor berseorangan.masa tu tawakal je.Saya nekad,apa nak jadi jadilah..Alhamdulillah saya selamat pergi dan balik.dan sekarang saya dah berani je bawak motor sendiri walaupun tak de lesen ^_^.Sebenarnya kalau kita menghadapi satu ketakutan jangan biarkan ianya menguasai diri.Hadapi ketakutan tu.kita kena berani menghadapinya kerana once kita dah tempuhi sebenarnya tiada apa sangat yang perlu kita takuti.macam kata kak Basit,kalau kita berseorangan sebenarnya pergantungan kita hanya satu iaitu pada Allah.Masa tu hanya ada kita dan Allah dan semua kekuatan hanya dari Allah.Masa tu lah kita ditarbiyah directly..
Beberapa hari lalu saya cuba membuat lock code di handset saya.Sedang membuat,tetibe password incorrect.dalam pada itu saya berasa sangat risau.teringat dulu benda yang sama berlaku.saya terpaksa membuat sim card baru.aduss,..sebelum tu saya sedang bermesej dengan kak Basit pasal meeting malam tu.. kenapa la waktu2 cam ni plak handset buat hal ,handset lagi satu kawan pinjam pulak..kepala ligat berfikir.nak cari kedai handset kat mane?nak pergi ss besar tak de transport.duit kering plak tu.nak mintak abah x sampai hati pulak.aduss,bagaimana sih..dalam ketensionan saya merebahkan diri
Tidur adalah perkara pertama yang akan saya buat untuk melupakan segala kekusutan.
(Ingatlah), ketika Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu penentraman daripada-Nya, dan Allah menurunkan kepadamu hujan dari langit untuk menyucikan kamu dengan hujan itu dan menghilangkan dari kamu gangguan-gangguan setan dan untuk menguatkan hatimu dan memperteguh dengannya telapak kaki (mu)
Al-Anfal (8:11)
Dalam on da way nak tido tu,suara hati saya berbicara sesame sendiri..
Suara jahat:nape lah mase duit kering ni macam2 berlaku?
Suara baik:tak pe lah,ujian2..
Suara jahat: tapi aku nak tolong agama Allah,kenapa uji aku waktu ni?
Suara baik:kau lupa,kau hanya hamba,hamba-Nya!! kau tak layak bertanya,memang selayaknya kau diuji..ingat tu..!!..
Saya tersentak..
Teringat kisah fahri dalam ayat-ayat cinta
Dalam kekusutan saya terlena.Selepas bangkit semula,saya terlupa seketika masalah yang menimpa.Terngiang-ngiang perbualan suara-suara hati tadi.Akhirnya saya redha.Saya mengambil wudu’ untuk menghadap Dia.Tenang,damai saya rasakan..selepas solat saya mencuba untuk kali kedua..tetibe keypad unlocked tanda password accepted..saya terkedu..Tak putus –putus pujian buat Allah saya panjatkan..amazing..!! sebelum ini bukan hanya saya yang mencuba,tetapi kawan-kawan saya turut berusaha menyelesaikan masalah ni.
Ingatlah..kita hanya hamba dan sememangnya,sewajarnya kita layak diuji.Tak perlu kita bertanya kenapa aku diuji,kenapa ujian seberat ini kerana kita hanya hamba.Diulang sekali lagi,hanya hamba..!! Hanya hamba yang lupa dirinya sebagai hamba,tak bersedia menerima ujian .Peringatn terutama sekali buat diri..

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
*oh ya,jangan lupa ke ko-SPIN esok..tak sabar rasanya nak pergi setelah berbulan-bulan persiapan ko-SPIN dibuat
smoga awak trus tabah n kuat menghadapi perjalanan hidup :)
ReplyDeletesama2 lah kita menempuhinya :)