Monday, June 15, 2009

Cabaran buat Muslimat

Berjalan-jalan ke blog orang lain terjumpa artikel yang sangat berharga buat muslimat
Artikel yang ditulis oleh setiausaha agung Gamis

Langkah dan karakter yang perlu dilakukan SIGMA dan perlu ada pada gerakan muslimat kampus supaya kehadiran kalian lebih dirasai oleh massa dan arus perdana :


1. PENULIS : Belajar menterjemahkan idea di fikiran dalam bentuk penulisan isu semasa di blog atau akhbar, nyatakan pendirian anda, bukan orang lain, kemudian bandingkan pandangan anda itu dengan pandangan bloggers atau penulis lain dalam isu yang sama tersebut. Di sini anda akan belajar erti kematangan melihat sesuatu isu semasa dari pelbagai sudut yang berbeza.

2. PENCIPTA AKSI : Belajar untuk lebih "outspoken" dan memimpin aksi, bukan dipimpin muslimin. Cara terbaik, dari awal lagi anda yang membincang dan memimpin aksi yang tidak boleh dilakukan oleh muslimin atau dilepaspandang oleh muslimin.

3. PEMIDATO BERPENGARUH : Belajar untuk mengutarakan sesuatu idea di fikiran secara berkesan kepada pendengar, bukan sekadar bercerita yang membosankan dan tidak memberikan kesan maksima.

4. PEMBACA BUKU BERAT : Lazimi pembacaan buku-buku mengenai pemikiran dan para pemikir (reformis) Islam khususnya.

5. PEMBENTANG & PENGKRITIK : Latih diri hadiri sesi-sesi brainstroming berat dan membanyakkan perbincangan kupasan buku, jadi pembentang atau berikan pandangan.

source

rasa tercabar deh..PERLU,WAJIB dan MESTI menjadi sebegini.
Berusaha kearah itu..Insyaallah..doakan saya..

2 comments:

  1. salam. teruskan berjuang dik. moga satu hari nanti islam blh berbangga dengan princess lavender ni (^_~) allhumma aminn

    ReplyDelete
  2. cabaran memang kena kita harungi..

    even aku laki,aku phm..asalkan garis2 panduan jgn la kt lepasi..jgn jadi mcm aminah wadud yg mengimamkan solat jumaat..perkara tu kne elakkan..

    jauhkan dr dari pemikiran islam liberal..sesat tu semua..

    moga dikuatkan hati..

    InsyaAllah..
    :)

    ReplyDelete

  © Blogger template Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP