Sunday, February 8, 2009

Catur

BIDAN TERJUN

Jumaat ,6 Febuari 2008 saya baru habis lawan chess untuk interkolej.Game ini berlangsung selama 2 hari 2 malam dan mempunyai 6 pusingan di dewan kolej 13.sebilangan orang mesti berkata,wah wakil kolej mesti hebatkan ! Sebenarnya tak lah hebat sangat pun,tapi setakat boleh main lah.Tak terlintas pun nak masuk.Atas ajakan kawan dan kekurangan wakil kolej,saya pun memberanikan diri memasuki pertandingan catur untuk kali pertama.Mungkin sebab musim ujian,so tak ramai lah yang nak memasuki game ini.
Disebabkan kali pertama masuk game ni,so saya pun dengan bersungguh-sungguhnya mencari maklumat tentang taktik dan strategi catur di internet.
Bersemangatnya ,Yeah!!.Yelah, tiada pengalaman dan takut kalah..huhu..sebelum ini main dengan adik je kat rumah.

TENTANG CATUR




Catur adalah permainan yang paling popular di dunia; ia menggambarkan bukan sahaja satu permainan tetapi juga satu seni dan satu sains. Kadangkala catur dilihat sebagai permainan perang yang abstrak ; kerana sebagai suatu "seni pertahankan diri menggunakan minda dan mengajar catur dilihat sebagai cara untuk meningkatkan keupayaan minda. Catur biasanya dimainkan secara rekreasi dan competitif di dalam kelab-kelab, pertandingan, online, dan dengan surat-menyurat (catur berutusan surat). Banyak variasi dan berkaitan dengan catur dimainkan di dunia. Yang paling popular, dalam turutan menurun oleh bilangan pemain, adalah xiangqi di China, shogi di Japan, janggi di Korea, dan makruk di Thailand.
Ilmuwan Arab Abu al-Hasan 'Alī al-Mas'ūdī memberi rincian tentang penggunaan catur yakni sebagai sebuah alat strategi militer, matematik, perjudian dan terkadang dihubungkan dengan ramalan nasib di India dan tempat lainnya. Catatan Mas'ūdī juga menunjukkan Ivory di India merupakan daerah produsen alat permainan catur untuk pertama kali, menyebarkan serta memperkenalkan permainan ini dari Persia ke India semasa Kerajaan Nushirwan.
Dalam permainannya, catur memerlukan analisa dan ketajaman otak pemain, disertai keterampilan strategi dalam menentukan langkah,rencana, risiko, dan menentukan bila harus berkorban agar menang.

Pada abad ke-6, catur dibawa orang Islam dari India dan Persia keseluruh penjuru dunia.. Ada yang mengatakan bahawa panglima perang Nabi Muhammad, Khalid bin Walid menggemari catur.Barangkali ini ada hubungannya dengan kebijaksanaanya mengatur strategi perang.

Juga ada seorang sahabat Nabi yaitu Said bin Jubair yang terkenal bermain blindfold (catur buta, bermain tanpa melihat papan catur). Di zaman kekhalifahan Islam berikutnya, seperti Khalifah Harun Al-Rasyid pun diketahui pernah menghadiahkan sebuah papan catur kepada seorang raja di Eropah, pendiri dinasti Carolia, yaitu Charlemagne.

Pada abad ke-8 ketika bangsa Moor menyebarkan Islam ke Spanyol, catur mulai menyebar ke daratan Eropa hingga sampai di jerman, Italia,Belanda, Inggris, Irlandia, dan Rusia. Di Nusantara, olahraga otak ini dibawa oleh bangsa Belanda pada waktu penjajahan dulu. Awalnya, hanya orang Belanda yang bermain catur, tapi menjelang kemerdekaan, mulailah banyak pribumi yang memainkannya.


CATUR DALAM ISLAM




Para ahli fiqih berbeza pendapat tentang hukumnya, antara mubah, makruh dan haram.Para ulama berbeza pendapat mengenai permainan catur, dengan sebilangan mereka mengatakan boleh dan sebilangan lagi mengatakan makruh dan sebilangan lagi yang mengharamkannya. Ada yang menyatakan hadis-hadis berkaitan dengan permainan catur tetapi apa yang nyata adalah permainan catur ini menular di kalangan penganut agama Islam setelah pengislaman negara Parsi bermula dalam 637M iaitu selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. dalam tahun 632M.
Dan di antara sahabat dan tabi'in ada juga yang menganggapnya mubah. Di antara mereka itu ialah: Ibnu Abbas, Abu Hurairah, Ibnu Sirin, Hisyam bin 'Urwah, Said bin Musayyib dan Said bin Jubair. Khulafa al-Rasyidin sendiri berbeza pendapat mengenai permainan catur. Khalifah Umar r.a. menganggapnya lebih melekakan daripada nard (backgammon) sementara Saidina Ali r.a. melihatnya sebagai satu perjudian (kerana ada yang bertaruh wang bermain catur).
.Dr. Syeikh Yusuf Al-Qardawi beranggapan hadis-hadis yang disebutkan mengenai permainan catur adalah hadis palsu kerana Rasulullah S.A.W. wafat sebelum penaklukan negeri Parsi. Dr. Syeikh Yusuf Al-Qardawi berpandangan permainan catur dibolehkan di dalam Islam, seperti mana permainan-permainan yang lain, selagi mana perkara-perkara berikut dijaga oleh pengamalnya.
1) tidak dilekakan sehingga meninggalkan solat
2) tidak melibatkan pertaruhan wang ketika bermain catur
3)tidak boleh menunda-nunda sembahyang, sebab perbuatan yang paling bahaya ialah mencuri waktu.
4)Ketika bermain, lidah harus dijaga dari cakap kotor dan merendahkan orang lain.

Tidak ada satu nas tegas yang menerangkan tentang haramnya. Dan pada catur itu sendiri melebihi permainan dan hiburan biasa. Di dalamnya terdapat semacam olah raga otak dan mendidik berfikir.Yang menjadi ciri dalam permainan catur ialah kecerdasan dan latihan, jadi sama dengan memanah. Kalau keempat syarat ini tidak dapat dipenuhinya, maka dapat dihukumi haram..

DEMI KEPUASAN


Memasuki game ini adalah satu pengalaman baru bagi saya.Saya dapat berkenalan dengan ramai rakan baru dari kolej dan kos yang berbeza.Bukan sahaja rakan-rakan baru malah saya dapat berkenalan dengan pemain-pemain catur UPM dan ada juga pemain catur Malaysia.Hebatkan..!! Mereka bermain penuh dengan strategi dan saya kagum melihat mereka..
Menang ke tak? Itu soal kedua tapi yang penting bermain untuk kepuasan bukan untuk kemenangan.Kesimpulannya saya perlu perbanyakkan latihan dalam game ini untuk
memantapkan lagi gaya permainan saya.

No comments:

Post a Comment

  © Blogger template Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP