Sunday, February 8, 2009

Perak oh Perak..

Malam tadi di usrah selain membincangkan silibus usrah,kami juga mengupas isu-isu semasa.Cerita yang paling hangat sekarang adalah isu negeri Perak yang bertukar kerajaan.Siapalah saya untuk memberi komen tentang isu ini tapi ada perkara yang begitu menyedihkan saya dalam isu ini



Polis telah melepaskan gas pemedih mata, termasuk ke arah kawasan masjid dan beberapa kediaman berhampiran tempat ibadat itu.Sedangkan mereka di dalam masjid sedang membaca yassin.Apabila masjid dilakukan sebegitu rupa,tiada rasa hormatkah mereka terhadap rumah Allah itu..? Mungkin sesiapa yang hanya membaca Berita Harian atau yang seangkatan dengannya,kenyataan ini tidak akan dapat anda baca daripada mana-mana media massa yang bias itu




Kalau benar ini terjadi, pihak yang bertanggungjawablah yang bersalah terhadap kes ini.Jika Zionis yang melakukannya adalah terang lagi bersuluh mereka adalah kafir laknatullah,mereka tidak pernah ada iman.Tetapi jika orang Islam sendiri yang melakukan perkara sebegitu,umat Islam yang mengucapkan kalimah syahadah yang melakukannya orang Islam ini adalah...? Inilah dunia akhir zaman apabila umat Islam sendiri yang menjatuhkan umat Islam yang lain.
Fikir-fikirkanlah...

Agak kelakar sebenarnya apabila saban hari 'kita' menentang kezaliman di Gaza tapi membuat kezaliman di negara sendiri.

Agaknya mereka fikir apa yang mereka lakukan ni terpadam dari sejarah? seperti mereka memadamkan bukti-bukti penyelewengan mereka dengan membakar fail semua tu?

Masa adalah cctv yang takkan terpadam, apatah lagi dipadamkan. Masa adalah saksi yang paling tepat! jangan mereka fikir selama-lamanya mereka dapat 'bersembunyi'. satu masa nanti, dihadapan tuhan segalanya terbongkar satu persatu.

ya Allah, tunjukkanlah bukti kezaliman mereka kepada kami...

kepada semua yang cintakan islam dan keadilan sera keadamaian, teruslah kita memanjatkan doa kepada yang mempunyai KUASA...

No comments:

Post a Comment

  © Blogger template Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP