Ayat yang bersifat peringatan itu seringkali saya dengar daripada mak .Sekali dua tidak saya endahkan kata kata itu.Namun, apabila acap kali diulang oleh mak membuatkan otak saya ligat berfikir.Seringkali hati kecil ini berkata-kata ‘tidak matangkah aku?’
MATANG..apakah definisi matang itu sebenarnya?
Dulu semasa di sekolah menengah kawan saya pernah disakat kerana dikatakan tidak matang.Pada pendapat saya , M bukan nama sebenar bukanlah tidak matang .M sentiasa memberikan idea-idea yang bernas dalam pendapatnya tetapi mungkin kerana badannya yang bersaiz agak kecil dan paras rupa yang agak keanak-anakan dia dilabelkan sebagai tidak matang. Tidak saya nafikan saya juga mengalami situasi yang sama seperti rakan saya tadi.Apatah lagi jika dibandingkan dengan adik beradik saya yang lain.Kawan kawan mak dan abah selalu tersalah anggap saya adalah anak yang ke3 atau ke4 walaupun hakikatnya saya adalah anak yang ke2.Adalah tidak adil apabila kematangan dinilai hanya dengan fizikal.

Sesiapa yang mengenali saya lebih rapat seperti keluarga dan roomate pastinya mengatakan saya tidak matang.Mungkin kerana sifat keanak-anakan lebih terserlah terhadap orang yang lebih rapat.Tetapi berbeza apabila bersama rakan rakan.Mereka mengatakan saya seorang yang matang dan berfikiran jauh.Kematangan saya mungkin terserlah apabila memberikan pendapat dan nasihat. Terdapat perbezaan pendapat di dua situasi disini.Justeru saya membuat kesimpulan bahawa matangnya saya mengikut situasi,keadaan dan tempat.
Mungkin agak terlambat untuk menyatakan azam tahun baru saya di penghujung Januari ini.Menjadi matang merupakan salah satu azam saya pada tahun ini. Dalam melangkah ke usia 21 tahun,ya saya sedang menempuh awal usia 20-an jadi amat perlu dan pentingnya menjadi matang saat ini.
Pastinya amat sukar bagi saya untuk mengubah sifat yang sememangnya ada ini,tapi saya akan mencuba untuk mengurangkan ketidak matangan dan keanak-anakan saya.Doakan saya dalam melaksanakan azam ini.
Matang mira,matanglah..

>













No comments:
Post a Comment