Wednesday, January 28, 2009

Kiamat Semakin Hampir

Salam wbt..terima kasih kerana menziarahi blog saya.3 hari lepas saya mendapat mesej dari seorang sahabat.mesejnya :

Salam,kepada semua yang bergelar muslim,hari ini pakar meteorologi bahagian bunyi dari rusia mendapati sesuatu bunyi ganjil seperti ngauman raksasa dari bawah mantel bumi.Menurut para ulama,kemungkinan besar itu adalah suara dajal yang berusaha untuk naik ke muka bumi.Oleh itu,.sebarkan kepada sahabat.

Saya tidak dapat mengesahkan kesahihan mesej ini tapi tiada salahnya kita memperbanyakkan amal ibadah.Berikut merupakan tanda-tanda awal kiamat kecil

Tanda-tanda awal / kecil kiamat (alamat sughra)

- Seorang hamba sahaya perempuan dikahwini tuannya.
- Orang-orang miskin dan pekerjaannya mengembala kambing tiba-tiba menjadi para pemimpin manusia banyak.
- Para pengembala yang sama, bermegah-megahan dengan gedung-gedung besar dan tinggi-tinggi.
-Berlumba-lumba membina bangunan tinggi;
-Perhiasan Rumah Sama Dengan Perhiasan Pakaian;
-Kebanggaan Masyarakat Dengan Membina Masjid;Masjid Menjadi Tempat Urusan Dunia Sahaja
-Ahli Ibadah Yang Bodoh Dan Qari Yang Fasik;
-Golongan yang menjadikan lidahnya sebagai alat untuk mencari makan
-Melimpahnya Harta Benda Dan Luasnya Perniagaan Serta Banyak Media Massa;
-Ramai Orang Muda Menyebut Dalil AgamaAl-Quran Sebagai Alat Propaganda
-Menunjuk-Nunjuk Ketika Berdoa
-Merasa Rendah Dalam Ibadah
-Imam Yang Melambatkan Waktu Solat;
-Al-Quran Hanya Tinggal Tulisannya Sahaja
-Kaum Yang Meminum Ayat-Ayat Al-Quran
-kaum Yang Meminum Ulat-ulat Qurra
-Serbuan Musuh Islam Terhadap Kaum Muslimin
-Orang Mukmin Lebih Hina Daripada Haiwan;Ulama Yang Merugikan Umat Dan Agama;
-Menggadaikan Agama Kerana Dunia
-Penduduk Mekkah Akan Meninggalkan Kota Mekkah;
-Menyalahgunakan Takdir
-Ilmu agama sudah tidak dianggap penting lagi.
- Ilmu agama sudah tidak lagi difahami dan tidak dipelajari para manusia.
-Ilmu Agama Akan Beransur-ansur Hilang
-Umat Islam Mengikuti Langkah-Langkah Yahudi Dan Nasrani;
-Terlepasnya Islam Satu Demi Satu;
-Sifat Amanah Akan Hilang Sedikit Demi Sedikit;
-Tahun-tahun yang penuh tipu muslihatLahirnya para Dajjal ( tukang dusta )
-Adanya 2 golongan besar sama berbunuhan Golongan Pendusta Di Bidang Hadith;
-Orang yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam
-Lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki;
-Mendidik anjing lebih baik dari mendidik anak;
-Orang Yang Baik Berkurangan Sedang Yang Jahat Bertambah
-BanyakUlama Tidak Dipedulikan
-Ilmu agama dicabut
-Ketiadaan Imam Untuk Sembahyang Berjemaah
-Zaman Kekeliruan
-Manusia Yang Berhati Syaitan;
-Dilema Antara Berbuat Maksiat Dan Meninggalkannya;
-Orang yang rosak akhlak;
-Munculnya Golongan Yang Engkar Pada As-sunnah
-Pemimpin Yang DiktatorPemimpin Yang Menipu Rakyat;
-Iman Yang Semakin Lemah
-Pemimpin Yang Menyembunyikan Hak Rakyat;
-Pemimpin Yang Membuat Kerosakan
-Ramai Pemimpin Tetapi Tidak Dapat Menjamin Ketenteraman;
-Pemimpin Yang Diingkari Rakyat;
-Umat Islam akan tertimpa penyakit orang kafir;
-Zaman Di Mana Halal Dan Haram Dianggap Sama Oleh Manusia;
-Tersebarnya perzinaan kerana memperolehi izin rasmi untuk mendirikan tempat pelacuran/perzinaan dari setiap pemerintah yang bersangkutan.
-Segala minuman keras seperti khamr (arak) sama diminum dengan berleluasa dan bebas, peminumnya sudah tidak lagi mengenal dosa, bahkan sebagai kebanggaan.
-Dikatakan manusia halalnya riba, arak, perzinaan, pakaian dari sutera dan kecapi-kecapi (alat-alat muzik)
-Ditimpa tanah runtuh dan berbagai bala bencana;
- Jumlah orang lelaki lebih sedikit kerana sedikitnya bayi lelaki yang lahir, dan ramai kaum lelaki yang sama, mati/meninggal dunia.Maraknya Rasuah
-Maraknya praktik riba;
- Meluapnya jumlah kaum wanita melebihi kaum lelaki dengan perbandingan 50 berbanding seorang lelaki.
- Banyak terjadi gempa bumi.
-Keluarnya Sumber kekayaan dan perang di Timur Tengah (Iraq).
-Munculnya Galian-galian Bumi
-Rakus Terhadap Hal Dunia;
-Peperangan Di Kawasan Sungai Furat (Iraq) Kerana Merebut KekayaanTentera Yang Kejam
-Masa berlalu bagaikan kobaran api
-Banyak terjadi perkara fitnah-memfitnah.
-Banyaknya haraj, yakni bunuh-membunuh
- Ramai orang yang bermegahan dalam gedung-gedung besar dan banyaknya pasar.

Tanda-tanda akhir / besar kiamat (alamat kubra)
1 - Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema2 - Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan,

Nabi s.a.w. bersabda: “Dajjal akan muncul di suatu tempat di timur bernama Khurasan. Pengikutnya adalah manusia yang berwajah seperti perisai yang telah dipalu tukul.”;- [Riwayat Tirmidzi, Abwab al-Fitan, 2338, 6/495.]


2 - Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

3- Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

4 - Binatang yang dipanggil ‘Dabbah’ akan keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah S.w.t. Ia muncul di waktu dhuha dan akan berbicara kepada setiap manusia.

5 - Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya iaitu dari arah Barat. Maka pada saat itu Allah S.w.t. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa. Bermakna PINTU TAUBAT sudah tertutup. Ini kerana IMAN adalah KEYAKINAN, sedangkan apabila matahari sudah keluar dari barat itu bermakna sudah SAH akan kiamat. Maka iman di ketika itu hanyalah IMAN dalam terpaksa, maka IMAN sebegitu tidak lagi diterima oleh Allah S.w.t, na’uzubillah.

6- Gempa bumi di Timur.

7 - Gempa bumi di Barat.

8 - Gempa bumi di Semenanjung Arab.

9 - Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Beberapa kejadian lain

- Rosaknya Kaabah ( Baitullah ).
Lenyapnya Al-Quran dari Mushaf dan hati (Al-Quran diangkat)

“Maka apabila malapetaka yang sangat besar (hari kiamat) telah datang.

Pada hari (ketika) manusia teringat akan apa yang telah dikerjakannya,

dan diperlihatkan neraka dengan jelas kepada setiap orang yang melihat.

Adapun orang yang melampaui batas,

dan lebih mengutamakan kehidupan dunia,

maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggal(nya).

Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya,

maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya).

(Orang-orang kafir) bertanya kepadamu (Muhammad) tentang hari kebangkitan, bilakah terjadinya

Siapakah kamu (maka) dapat menyebutkan (waktunya)?

Kepada Tuhanmulah dikembalikan kesudahannya (ketentuan waktunya).

Kamu hanyalah pemberi peringatan bagi siapa yang takut kepadanya (hari berbangkit)

Pada hari mereka melihat hari berbangkit itu, mereka merasa seakan-akan tidak tinggal (di dunia) melainkan (sebentar saja) di waktu petang atau pagi hari.” Surah An Naazi’aat : Ayat 34 - 46

"sedarlah manusia"
semoga kita dapat menjadi hamba yang sentiasa beriman dan bertaqwa kepada Allah S.W.T....

No comments:

Post a Comment

  © Blogger template Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP