Saturday, May 23, 2009

Imbasan kembali setahun yang lalu

Sejak masuk di UPM ini, saya lebih banyak berfikir dan memerhati suasana kehidupan di sekeliling saya.Cuba belajar tentang erti dan makna kehidupan yang sebenar.Dalam usaha untuk mengubah diri menjadi lebih baik,saya lebih suka berfikir sedalamnya sebelum membuat keputusan terbaik untuk diri sendiri.Saya tidak suka menerima pendapat orang secara melulu dan lebih suka mengikut pendirian sendiri dan kehendak diri walaupun berbeza pandangan selagi apa yang saya rasa adalah benar.

Kata-kata cikgu sering terngiang di benak fikiran.Di universiti semua terpulang kepada kamu.Tiada orang hendak memantau pergerakan kamu.Lecturer bukan seperti guru.Diri kamu sendirilah yang menentukan hala tuju kamu.Sungguh,saya takut untuk ke sebuah tempat yang bernama Universiti.Berita mengenai pelajar-pelajar IPT sering terpampang di dada-dada akhbar.Masalah-masalah sosial seperti rempit,pelacuran dan sebagainya sering menghantui benak fikiran.Bukan hendak menakut-nakutkan adik-adik yang bakal memasuki universiti tapi sekadar memberitahu agar tidak terkena kejutan budaya.Sungguh,di universiti ini kadang-kadang mungkin seseorang yang pernah berselisih di sebelah kita,duduk sebelah,malah pernah berbual dengan kita mungkin terlibat dengan masalah sosiaal ini.Sangat menggerunkan.

Selepas tamat matrikulasi saya suka surfing internet.Memang ini salah satu hobi saya pun sebenarnya tetapi kali ini saya lebih suka men’searching’ artikel yang boleh merangsang pemikiran saya.Artikel yang bersifat kesedaran.Alhamdulillah apabila suatu hari saya berjumpa dengan laman web ILUVISLAM.COM.Saya begitu tertarik dengan laman web ini.Bukan sahaja mempunyai banyak artikel yang bermanfaat malah mempunyai bahagian forum yang aktif juga bagi saya banyak memberi saya pengetahuan baru disertai dengan design yang menarik.Bagai tidak percaya adanya laman web bersifat islamik sebegini di Malaysia.Terima kasih sangat kepada Azri yang memberi link laman web ini.Laman web ini dicipta oleh senior Azri.Secara jujurnya banyak artikel di dalamnya yang banyak merubah hidup saya dari segala segi.Pada saya,mereka kreatif dalam berdakwah.Saya juga seringkali terfikir betapa banyaknya pahala mereka jika dalam sehari berapa ribu pelawat mengunjungi laman web mereka.Saya juga tidak ingin melepaskan peluang ini.Maka terciptalah blog ini dengan berharap semoga menjadi asbab hidayah kepada orang lain.

Selain itu,apabila masuk ke UPM saya menyertai Persatuan Mahasiswa Islam.Biar hidup lebih terarah kepada kejayaan dunia dan akhirat.Biar ada teman yang menasihati di kala kealpaan dengan dunia.Saya bukanlah orang yang baik sebelum ini dan juga sekarang sebenarnya tapi saya sangat teringin menjadi baik.Saya mempunyai impian yang besar dan target dalam 3 tahun berada di bumi UPM ini untuk merubah diri.

“Kalau ada di lintasan di hati kita untuk berhijrah dari jiwa yang lalai kepada
jiwa yang cintakan Allah S.W.T. maka bersegeralah untuk melakukannya kerana
percayalah bahawa itu adalah lintasan benar dari Allah S.W.T. Lintasan itu
merupakan hidayah yang takkan datang selalu. Jarang–jarang. Biasanya ianya
akan disertai keyakinan yang kuat. Namun, kalau kita sering bertangguh, mungkin
Allah S.W.T akan tarik balik hidayah–Nya itu. Taufiq dari–Nya bukan milik semua
orang. Bukan milik orang yang tak bersedia”


Menyertai PMI ini memberi sangat banyak manfaat kepada diri saya.Saya amat menyukai setiap pertemuan usrah .Malah saya berasa tidak senang apabila pertemuan usrah dibatalkan.Saya sangat menyukai kerana perkongsian ilmu dan banyak ilmu-ilmu baru yang saya dapat.Dan semestinya kakak naqibah merupakan orang yang menjadi rujukan saya dalam setiap kemusykilan.Terima kasih banyak2 kepada kak dayah dan kak tiqah yang sangat sabar melayan kerenah saya.Apatahlagi saya ini memang jenis banyak tanya.Memang tak dapat dinafikan.Terima kasih juga kepada kak Nadiah Ali,Kak Husna,Kak Tiah,Kak Kama,Kak Arah,Kak Nur,Kak Izan dan ramai lagi kerana sentiasa memberi nasihat juga kata-kata semangat dan dorongan kepada saya.Allah saja yang mampu membalas jasa kalian.

Jika pada awalnya usrah hanya sekitar perkara-perkara asas,tetapi apabila masuk sem 2, usrah lebih berkisar kepada kepentingan jemaah dan jihad.Pada masa ini lah saya banyak belajar tentang jemaah,tentang perjuangan.Fikrah saya lebih jelas.

Banyak-banyak program,yang paling saya ingat ialah semasa program KAMI semasa di sem 1.Waktu itu saya pelik kenapa kami hanya menggunakan sebuah bas pendek yang buruk tetapi bukan bas UPM.Bukan saya hendak merungut tentang bas ini tapi saya sangat pelik sebenarnya sebab biasanya seperti di sekolah dan matrikulasi dulu setiap program kebiasaanya pihak pentadbir yang menyediakan bas.Rupa-rupanya program ini tidak mendapat sokongan HEP. Tersentuh hati saya melihat kakak-kakak dan abang melaksanakan yang terbaik untuk menjayakan program ini walaupun tidak mendapat sokongan pihak pentadbir.Bukan setakat itu sahaja,sebelum ini saya di fahamkan pelbagai program dihalang ,mereka dibuang kolej,mereka diburuk-burukkan.Sedangkan apa yang mereka ingin tegakkan adalah Islam.Pelik jika difikirkan di sebuah ‘negara Islam’ ini

“Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka)” [Hadith riwayat Muslim]

Jika demi islam mereka sanggup berkorban ,apakah usaha saya untuk Islam.Saya mula berfikir-fikir balik apa yang telah saya lakukan untuk Islam.Kejamnya diri andai saya hanya mampu melihat.Terbit kesedaran di hati saya.Diam-diam dalam hati ini menyimpan azam bahawa saya juga ingin menjadi seperti mereka. Pada masa itu saya bertekad di dalam hati,tidak akan walaupun sekali saya meninggalkan aktiviti yang dirancang melainkan mempunyai sebab yang tidak dapat dielakkan.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Semasa pilihanraya kampus di sem 2,saya adalah orang yang setia mengunjungi laman web PRO M setiap hari untuk mengikuti perkembangan semasa university.Apatah lagi calon-calon tidak dibenarkan berkempen.Pelik betul saya melihat pilihanraya seperti ini.Sungguh memalukan berbanding universiti-universiti lain di Malaysia.Demokrasi hanya pada nama.Pahit getir calon-calon juga saya ikuti dengan rasa simpati.Dibatalkan pencalonan,diugut,ancaman harimau maut semua itu.Pelbagai informasi yang saya dapat,saya kongsikan bersama rumet dan kawan2 setelah menyedari mereka seakan tidak berminat terhadap isu semasa universiti.Saya promote pada mereka untuk mengundi calon2 PRO M.Dan apabila PRO M memenangi 13 kerusi saya sangat gembira.Juga saya mendapat tahu PRO M di UM menang besar.

Pernah saya dengar dari ‘mereka2’ yang sering menakut-nakutkan pelajar baru tentang ‘keburukan’ persatuan ini.

‘mereka membelakangkan aktiviti2 kolej’
‘mereka persatuan pembangkang’
‘kalau masuk kena buang kolej’

Dan saya amat pantang apabila seseorang yang mempercayai sesuatu berita tanpa menyiasat dan menyelidik.Seek first to understand, then to be understood
Seringkali juga saya disindir.

’Rajinnya kau gi usrah’
’Aktif betul kau ni ye’
‘Yelah,orang tu busy’

Ini adalah soalan-soalan lazim yang sering diajukan.Ah,biarkan mereka.Saya memujuk hati.Terkadang tiada teman untuk pergi,terkadang rasa malas menguasai diri,terkadang timbunan assignment yang melambak menanti. Memang sukar untuk bermujahadah melainkan nekad yang bulat di hati.Alhamdulillah Allah beri saya kekuatan berdikari dan tidak bergantung kepada orang lain.Terkadang saya biasa bergerak secara sendirian kemana-mana majlis ilmu.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Seperti saya cakap,sebelum ni saya bukanlah orang yang baik.Mana kan tidak,stokin pun tak pakai. Satu hari Allah hadirkan seseorang untuk menggerakkan hati saya menutup aurat dengan sempurna.Setelah saya di’lamar’ di atas jalan ini,seorang kakak bercerita kepada saya,naqibah saya sangat risau saya tidak dipilih atas sebab ini.30 April,hari Khamis sejarah terlakar.Itulah detik yang tak mungkin saya lupakan selamanya.Kepercayaan yang diberikan bagai menyambar ulu hati dan menghentikan nafas.Saya mengikat janji setia akan tetap teguh di atas jalan ini di iringi linangan air mata yang tak tertahan.Fuh,nasib baik lah orang tak nampak.Bait-bait janji sentiasa terngiang di benak fikiran.'Tidak akan berhenti berdakwah sehingga Islam tertegak atau mati syahid'.Ayat yang memberi seribu satu makna bagi saya.

Sebelum itu,saya terlibat dalam prgram ISIS.Saya diberitahu hanya 4 pelajar baru muslimat dipilih untuk menjadi fasilitator bagi program anjuran ISIS.Dan kakak tu memberitahu pemilihan adalah hanya mengikut gerak hati.Sekali lagi saya sangat terharu.Semua yang berlaku ini bukanlah satu kebetulan tetapi adalah suratan takdir yang telah ditetapkan Allah. Allah telah memilih saya menjadi mata rantai perjuangan meneruskan tugas dan usaha dakwah di jalan-Nya.Setiap fasilitator diberi warkah amanah dan hanya boleh dibuka selepas mengendalikan program.

Warkah Amanah saya buka

Bacalah dengan mata hatimu yang paling jernih dan bercahaya.
Istighfarlah…banyakkan tasbih,tahmid dan takbir.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.Khas buat hati dan jiwamu yang merindui belaian kasih,sayang dan cinta dari Allah dan Rasul-Nya.Tahniah kerana lunaknya hatimu untuk dipilih menjadi mata rantai perjuangan meneruskan tugas dan usaha dakwah di jalan Allah .Taklifan sebagai fasilitator ini,jadikanlah langkah pertama dalam perjuangan menjadi perawat luka di dada ummah yang sedang parah dimamah kejahilan.Islam rindukan zaman kegemilangan dimana adanya anak-anak muda harapan ummah yang kembali memimpin dunia.Andalah iftitah atau pemulaa wacana.Membebaskan ummah dari gelapnya titik mungkar dan noda.Turunlah ke lapangan ummah sebagai pemburu syurga dan redha Allah. Tiada amanah yang dilaksanakan kerana manusia atau menjaga hati sesiapa.Namun,dengan izin kudrat dan kurnianya,dirimu menjadi insan luar biasa membelah hati-hati yang masih redup tanpa sinar iman dan hidayah dariNya…

Sahabat seakidahku,ummah harapan warisan nabiku..

Pujuklah dirimu untuk jadi hamba Allah,khalifah atau siapa sahaja yang paling berjaya..sahutlah seruan al-fallah dengan laungan takbir bersama ikhlas,bekal iman dan takwa…Sekian,selamat berjuang untuk merawat hati yang masih mendamba secangkir cahaya..Dengan izin Allah,andalah pencetus kebangkitan dan kegemilanga Islam di akhir dunia..Takbir..Allahuakbar!!
Sekian,selamat berjuang..


Sekali lagi,warkah ini berjaya membuatkan hati saya sebak.Saya diburu keinsafan.Saya diburu kesedaran.Betapa beratnya amanah ini.Seketika saya berasa sangat tidak layak.Saya rasa rendah diri.Namun kata-kata Imam Ahmad bin Hanbal Rahimullah mengingatkan saya.

‘Sesungguhnya peluang untuk mengembangkan dakwah itu adalah taufiq dari Allah.Dia lah yang memudahkan bagi sesiapa yang didapati ada kebaikan dalam hatinya.Tugas itu adalah penghormatan dari Allah kepada seorang hambanya,bukannya bebanan’

Saya rasa bersemangat kembali.Sungguh..saya merasai kasih sayang Allah.Saya merasai cinta-Nya di hati.Ya Allah, andai aku tidak Kau pilih bersama sahabat dalam perjuangan ini.Pastinya aku hanyut..hanyut dalam dunia remajaku sendiri..mengejar dunia penuh debu dosa. Sungguh,tidak akan saya berpaling dari jalan ini.Tsabatkan aku Ya Allah,Peliharalah aku dari futur YaAllah.Saya tahu banyak ujian yang menanti dihadapan.Memang diciptakan Allah jalan ini dengan sifatnya yang berliku-liku.Namun,suatu ketika dahulu telah dibuktikan bahawa remaja-remaja muslim berjaya. Bukan sahaja dari segi kekuatan fizikalnya,namun juga dari segi pemikiran.Hasilnya,lahirlah tokoh-tokoh Islam yang dikenali sehingga ke hari ini.Moga kita terus diberikan kekuatan, kesabaran, ketabahan dan keteguhan iman menempuh semua ini

‘Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau pun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. '

(Surah At-Taubah 9:41)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dulu dan kini sangat berbeza.

Dulu saya merupakan peminat Westlife,BSB,N’sync,Siti Nurhaliza.Sibuk cari lirik lagu-lagu baru mereka. Siap buat buku lagu,siap hafal lagi.Minat gile cerita korea.Cerita Full house bape kali dah saya tengok sebab minat tengok Rain Bi yang best berlakon.Selalu je cari informasi baru tentang Rain Bi,Besday die pun saye tahu.Ntah pape waktu tu.Rase jahil sangat dulu bila dikenangkan balik.Malu pada diri sendiri.Malu pada Allah.Lepas tu saya minat kumpulan nasyid inteam, hijjaz dan UNIC .Saya dan kakak sering menanti carta nasyid di IKIM. Kalau ada konsert nasyid, semangat je nak pegi

Tapi semenjak saya mengenali jalan ini, saya dah kurang meminati semua ini.Album terbaru,filem diorang pun saya dah tak tahu lagi.Nasyid shoutul amal,shoutul harakah,izzatul islam jadi favourite.Lagi-lagi nasyid Ar-ruhul Jadid.Betul-betul membakar semangat.Juga Badar313 dan Salahudun AlAyubi.Berkobar-kobar jiwa rasanya.Selain tu,nasyid apa-apalah yang berbentuk perjuangan serta nasyid bersifat keinsafan.Layar keinsafan is my favourite song.



Saya sedar membaca itu penting.Ternyata ilmu saya masih cetek dan perlu lebih banyak membaca terutama bahan bacaan yang lebih berat. Ihya Ulumuddin yang tersusun rapi kat rak buku abah tu pun baru saya tergerak untuk menyelak-nyelak.Teruk betulkan saya ni..Teringat kata-kata Ustaz Dzul di dalam blognya,membaca bukannya satu hobi sebaliknya membaca adalah satu tanggungjawab.Tahap membaca Anwar Ibrahim sampaikan membaca walaupun dalam tandas kerana kekangan masa dan kesibukan pada era aktivisme beliau dalam ABIM dahulu.Lepas ini saya akan cuba bergerak kemana-mana dengan sekurang-kurangnya sebuah buku di tangan.Dan itulah harapan kak Khizan untuk para jemaah.

Saya begitu teruja apabila mengetahui Ustaz Dzul Khairi merupakan anak kedua.Kagum melihat beliau petah berhujah padat dengan fakta malah fakta2 baru dan semasa serta semangat juangnya yang tinggi untuk Islam itu sendiri.Bukan hendak mengatakan anak no 2 ni bagus tapi cukup memberi inspirasi serta motivasi kepada diri saya.

“Ya Allah, segala puji bagiMu tuhan sekalian alam..Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sebenar, agar kami sentiasa ikhlas berjihad di jalanMu. Tuhan yang Maha Berkuasa, Kau kuatkan langkah-langkah kaki dan semangat kami dalam mencari redhaMu. Ya Allah tuhan yang menguasai dunia ini, mudahkanlah segala urusan kami dalam mensyariatkan dan mendaulatkan agamamu.” Amien ya Rabbalami

Renungilah kata-kata ini:
Nabi Muhammad berkata,’Barangsiapa yang bercita-cita mati syahid kerana Allah,nescaya akan diletakkan oleh Allah kedudukannya di tempat para syuhada sekalipun dia mati di atas tempat tidurnya’
Muslim,Abu Daud,Tarmizi Nasai,Ibnu Majah

Nabi Muhammad berkata,’Barangsiapa mati padahal dia tidak pernah berjihad atau tidak pernah berniat hendak berjihad maka matilah dia seperti jahiliah’ Bukhari dan Muslim

“Jangan banyak tertawa sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan ALLAH bersifat tenang dan tenteram. Jangan banyak bergurau kerana umat yang berjihad mengenal bersungguh-sungguh.” As-Syahid Imam Hassan Al-Banna

Oleh itu tanamkanlah semangat di hatimu untuk bersungguh-sungguh di medan dakwah ini dan hati dioptimalkan dengan niat..Semoga kejayaan Islam menjadi milik kita

Post kali ini bukanlah sekadar luahan hati semata.Moga ia menjadi pengajaran dan manfaat.

2 comments:

  © Blogger template Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP