Friday, April 17, 2009

Bingkisan untuk seorang adik..

Aku ingin kau menjadi seorang Lelaki Acuan Al-Quran..

Lelaki Acuan Al-Quran

lalah Seorang Lelaki Yang Beriman

Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah swt

Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu

Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala

Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya

Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar

Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

Lelaki Acuan AI-Quran

lalah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya

Yang Tidak Bermegah Dengan IImu Yang Dimilikinya

Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya

Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung

Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh

Lelaki Acuan AI-Quran

lalah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya

Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga

Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga

Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam

Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah

Sementara Menunggu Akhirat

Lelaki Acuan AI-Quran

Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya

Yang Hidup Di Bawah Naungan AI-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW

Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara

Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya

Lelaki Acuan AI-Quran

Tidak Pemah Membazirkan Masa

Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca

Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir

Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan

Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan

Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Lelaki Acuan AI-Quran

Sentiasa Mengingati Mati

Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat

Yang Mana Buah Kehidupan ltu Perlu Dibajai Dan Dijaga Meneruskan

Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian

Lelaki Acuan AI-Quran

Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia Kerana Dia Mengimpikan

Syurga

Di Situlah Rumah Impiannya

Bersama Wanita Acuan AI-Quran.

*doa dan harapan untuk adik lelaki tunggalku..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

1 comment:

  1. Teringat bait lagu Analisa dari Shoutul Amal

    Adakah mengucap kalimah syahadah
    Solat 5 waktu, Puasa, Zakat
    Pergi ke Makkah tunaikan haji
    Telah dikira muslim sejati

    Sedangkan sembahyang tiada kekusyukkan
    Puasa dikerja banyak kekurangan
    Tunaikan zakat kerana terpaksa
    Pergi haji untuk pangkat dan nama

    Muhasabah diri...:)

    ReplyDelete

  © Blogger template Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP