Kekuatan majalah ini ialah barisan kolumnis yang terdiri daripada pelbagai tokoh terkenal dalam penulisan dakwah seperti pakar motivasi terkenal Dato’Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah,Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamood,Penulis buku,lirik terkenal Pahrol Mohamad Juoi,Ustaz Zaharuddin Abd Rahman,Blogger terkenal Ustaz Hasrizal Abd Jamil atau lebih dikenali sebagai Abu Saif,Penulis novel terkenal Fatimah Syarha.jutawan internet Dr Irfan Khairi dan pakar motivasi terkenal Ahmad Fadzli Yusof.



Dewasa ini banyak majalah yang berlambak di pasaran untuk para remaja.Tetapi semuanya bersifat hiburan semata.Malah majalah Islam seakan tenggelam.Majalah solusi ini mempunyai imej tersendiri untuk menarik minat remaja Islam.Ia dapat mengupas tentangnya indahnya menjadikan Islam sebagai gaya hidup.Banyak pengisian tentang fardhu ain dan motivasi.Malah semuanya amat bermanfaat bagi pencinta ilmu.Antara isi kandungan adalah tafsir Al-Quran, faraid, sirah ,kritis, isu,haramain, soal jawab solat,soal jawab muamalat,soal jawab munakahatpotensi,cerdik baik,fiqah amali,hai anak,maqasid syarie,remaja dengan ustaz,tib nabawi,tajdid,atlas A-Quran,pelbagai kata nasihat,perihal remaja,cerpen dan isu-isu semasa yang hangat.
Sangat bagus dibaca oleh para remaja.Tahniah kepada penerbit Telaga Biru kerana menerbitkan majalah yang bermanfaat ini yang berjaya mencipta anjakan paradigma dalam pelbagai isu.Semoga misi telaga biru untuk menyambung dakwah islamiyyah akan berjaya.Cepat-cepat anda mendapatkannya..













No comments:
Post a Comment