Sunday, February 22, 2009

Falsafah Sains

Dah lama saya melihat banner minggu Mesra Alam Sekitar di gantung.Pada mulanya saya melihat tanpa perasaan.Tapi apabila melihat senarai ahli panel forum,terdetik hati untuk pergi.
Forum percambahn Minda ini bertajuk Keadaan Alam sekitar Bayangan Akhlak Manusia.Antara panel yang terlibat ialah

1. Dato’ Haji Abdul Rashid Bin Mat Amin
2. Dr. Matrofa bin Ismail
3. En. Sukki bin Othman




Sebenarnya saya mengkagumi gaya pemikiran dan idea-idea Dr Matrofa.Pertama kali saya mendengar ucapan beliau semasa Kem Anak Muda Islam (KAMI) tahun lepas.Beliau suka mengaitkan Al-Quran dengan penemuan sains,mengulas sesuatu topic yang dikaitkan dengan Islam dan sains.Beliau telah berjaya mencambahkan minat saya dalam bidang Falsafah Sains.

Apabila pengerusi majlis membacakan biodata Dr.Matrofah bin Ismail.Sebuah senyuman terukir di bibir saya.Dr mempunyai degree dalam mathematic,master of science dan phd dalam falsafah sains .Sebelum ini saya tidak berminat untuk menyambung master dalam bidang saya.Tetapi tiba-tiba rasa cam dah bertukar fikiran,malah rasa cam nak sambung phd dalam Falsafah Sains.Really interested.

Pendidikan Falsafah Sains Al–Quran ialah suatu kajian tentang ilmu mencintai kebijaksanaan atau kebenaran al–Quran yang diaplikasikan mengikut kemajuan sains dan teknologi. Al–Quran berbicara tentang falsafah sains yang terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu sains ketuhanan, sains sosial, dan sains natural. Antara ketiga–tiga bahagian sains ini, falsafah sains ketuhanan menjadi prinsip utama dalam membentuk teori sains sosial dan sains natural

Dalam program KAMI yang lepas,antara yang disampaikan adalah mengenai sekularisme dalam ilmu oleh barat.Barat telah mencabut roh Islam dari ilmu.Pada dasarnya apa yang kita belajar mengikut Ilmuwan Islam pada masa zaman kegemilangan Islam dulu,semua ilmu daripada Allah dan dikaitkan dengan Allah sebagai percipta yang menciptakan segala kejadian.Contoh yang paling mudah adalah ilmu Matematik itu bermula atau tercipta apabila timbul masalah dalam pengiraan zakat.Malah theorem Pythagoras yang kita belajar mase sekolah menengah dulu sebenarnya ditemui oleh Nabi Idris dan Nabi Idris sebenarnyalah adalah pengasas ilmu Mathematik.Dalam subjek Biology pula yang kita sedia maklum kita seakan ditipu oleh Darwin tentang teori evolusinya yang menyatakan manusia berasal dari beruk.Sedangkan enthropy atau maklumat dalam manusia semakin menurun iaitu manusia semakin tua,bukan semakin muda,semakin merosot bukan semakin maju.Contoh mudah adalah kita bandingkan manusia zaman dahulu dan zaman sekarang yang ketara semakin kecil saiz badannya.Jelas, apa yang kita belajar sekarang ini sebenarnya adalah benda yang bertentangan dengan ilmu yang hak.Tugas kita di sini bukanlah hanya menerima bulat-bulat ilmu yang telah diolah oleh barat itu,tetapi kita perlu belajar ilmu dari barat itu dan dalam masa yang sama kita mengkaji kebenaran ilmu itu dan membuat perbandingan dengan AlQura.

Pada malam tadi beliau mendedahkan tentang bahaya antenna.dinegara maju seperti Switzerland contohnya telah mengharamkan penggunaan antenna kerana ramai penduduknya menghadapi leukemia.Selain itu Dr memberikan contoh Makkah dan Madinah sebagai symbol penjagaan alam sekitar yang wajar di contohi di mana, di sana sama sekali tidak dibenarkan menebang pokok dan membunuh binatang.Yang paling saya tertarik dalam ucapan penutupnya, di dalam majalah the times tentang kajian seorang professor di Universiti Oxford .Dengan menggunakan kecanggihan nanoteknologi telah berjaya mencipta satu alat yang dpat merakam suara semut.Semut juga menjalani kehidupan seharian macam kita seperti bertutur,Mereka mendengar arahan pemerintah mereka.Yang bertitah kepada masyarakat semut adlah semut betina.

[27.18] Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari";

[27.19] maka dia tersenyum dengan tertawa karena (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: "Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh".
Surah An-Naml


Masih tidak nampak lagikah kita kebenaran ayat-ayat Alquran?.Subhanallah maha suci Allah yang mencipta segala kejadian di langit dan dibumi .Sama-sama kita merenung ayat-ayat Alquran

No comments:

Post a Comment

  © Blogger template Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP