Thursday, January 1, 2009

kepergian..

Tersentak saya seketika apabila mendengar berita yg keluar dari mulut roommate saya.S dilanggar lori.Kepergian S,kawan kepada kawan saya itu cukup membuatkan saya terdiam.Walaupun tidak begitu mengenalinya dan hanya sekadar kenalan sahaja tetapi cukup memberi kesan di hati saya.S, bukan nama sebenar adalah seorang Kristian dan itulah yg cukup membuatkan saya berasa sedih kerana S tidak menemui sinar Ilahi semasa hayatnya.

Sesungguhnya alangkah indahnya jika S pergi dengan dapat mengenal tuhan yg sebenarnya ,tuhan yg Esa Allah SWT.Bukan tidak pernah roommate saya berdebat dengannya tentang perbezaan agama yg dianuti tetapi mungkin hatinya masih belum lagi terbuka untuk Islam.

Teringat cerita tentang kepergian bapa saudara Nabi Muhammad SAW,Abu Talib.Baginda amat sedih dengan kehilangan bapa saudaranya itu yang sudah dianggap seperti bapa kandungnya sendiri.Walaupun Nabi Muhammad SAW berperanan selaku rasul Allah untuk menegakkan Islam di bumi ini amat rapat dengan Abu Talib dan sentiasa mengharapkan pengislaman Abu Talib,namun itu semua masih tidak dapat membuka hati Abu Talib untuk memeluk Islam.Dan sesungguhnya hidayah itu milik Allah SWT

Marilah kita bersama-sama mengamalkan doa ini selepas solat

“Wahai tuhan kami,hidupkanlah kami dengan beriman dan matikanlah kami dengan beriman dan himpunkanlah kami dengan beriman dan himpunkalah kami dengan iman dan masukkan kami kedalam syurga beserta iman

Ya Allah,akhirkanlah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik”

Semoga di hujung nyawa nanti kalimah Lailahailallah adalah perkataan yg terakhir diucap sebelum menemui Allahu Rabbi dan kepergian kita dalam husnul khatimah.Amin..

No comments:

Post a Comment

  © Blogger template Joy by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP